Thursday, 6 July 2023

Sakitnya berhutang

Sakitnya Berhutang


Hutang. Satu benda yang menjadi dilema kita semua. Apatah lagi kalau berhutang dengan bank. Lagi teruk lagi dengan ahlong. Lagi teruk lagi dengan saudara mara kita. Bertambah teruk lagi apabila kita dah berhutang, kita tak mampu bayar dalam masa yang diberi dengan duit sekepuk sekaligus. 

Tapi apakan daya, tidak semua kita bernasib baik. Lain situasinya kalau kita orang yang banyak duit. Semua benda jadi senang. Orang-orang macam kita ni (faham sendiri la ya) terpaksa. Terpaksa berhutang. 

Itulah saya. Saya juga seorang yang berhutang. Jika difikirkan kembali, bodohnya saya ketika muda dulu. Ingin memutar masa kembali, tapi itu sangat mustahil. Nak tak nak, hidup kena teruskan. Jalani hidup seperti biasa, hutang tetap bayar. 

Telah banyak benda yang saya cuba lakukan, tapi semuanya masih samar-samar. Belum ada tanda-tanda itulah jalannya untuk melangsaikan hutang yang kian menggunung. 

Bermula dengan menjual perfume, tak jalan. Diteruskan lagi dengan jadi runner, tak jalan juga. Cuba lagi dengan menjual kaca mata, jalan? Tak jalan. Beralih kepada Grabfood, alhamdulillah ada sedikit terbuka jalan, namun tidaklah sebanyak mana sebab buat hanya secara sampingan di waktu hujung minggu. Kerja yang sedia ada mana boleh tinggal. 

Tukar pula ke Lalamove, guna kereta masa ni. Grabfood dah tinggalkan sebab mengalami kemalangan motosikal. Sakitnya tu di ♥️. Kuda itu la satu-satunya yang ada. Terpaksa jual kepada yang dapat menjaganya daripada motosikal tu jadi besi buruk. Sedih! Kos repair tak ada. Nak pinjam duit? Aduh, hutang dah menggunung lagi nak pinjam? Cukuplah. Baik jual. Mungkin ada hikmahnya.

Lalamove pun tak jalan. Mungkin rezeki bukan di situ. Tambah lagi kereta dah usang. Sikit-sikit rosak. Aduhai, apa la nasib. Pilihan yang seterusnya, tambahlah duit dengan buat kerja overtime. Masyuk? Tak juga. Dapat duit lebih? Mestilah dapat. Cukup bayar hutang?Memang tak lah. Cukup untuk duit dapur, ya. Dapatlah juga isi perut anak beranak, bini dan diri sendiri serta mana-mana yang kurang. 


Buat bisnes mungkin bukan untuk saya. Mungkin sebab tidak ada DNA berniaga dalam darah. Namun begitu, itu bukanlah pengakhiran. Saya percaya satu hari nanti saya akan dapat membayar segala hutang yang ada. InshaAllah. 

Kamu semua yang berhutang di luar sana, janganlah lagi menambah hutang. Sekalipun ditawarkan set sofa bayaran bulanan RM50/sebulan tapi kalau diikat kontrak 36 bulan, apakah ertinya. 

Sesungguhnya, tiada orang hatinya tenang memikirkan dirinya berhutang. Ajal kita hanya Dia yang tahu. Mahukah kita pergi bersama hutang? Saya memanglah tak nak.



Image by mdjaff on Freepik









Tuesday, 13 July 2021

Korang apply kerja Pembantu Penguasa Kastam WK19???

 

Pembantu Penguasa Kastam WK19


Pembantu penguasa kastam? wk19? Korang apply jawatan ni kat SPA ke? Klau dah apply tu, mari sini saya ceritakan apa benda yang korang apply ni.

Apa yang korang faham tentang kastam? Tu soalan cepumas para penemuduga yang akan tanya korang. Itupun kalau diorg tanya mcm ni.

Mengikut  apa yang diterangkan dalam laman web SPA, deskripsi tugas bagi PEMBANTU PENGUASA KASTAM adalah seperti berikut :-   

  • Bertanggungjawab membantu memungut cukai dan memberi fasilitasi perkastaman kepada sektor perdagangan dan perindustrian serta mempertingkatkan pematuhan perundangan demi kepentingan ekonomi, sosial dan keselamatan negara.    

Entah korang faham atau tak apa yang ditulis tu. Ke main belasah isi je asal dapat kerja sudah. 


Saya tak nak cerita apa tips nak lulus temuduga ataupun mcm mna nak jawab temuduga nanti. Tak. Saya tak nak cerita tu. Malas saya nak cerita. Yang penting korang memenuhi syarat kelayakan dan memenangi hati penemuduga sebab yang mohon kerja ni banyak bukan satu dua orang. Dari beribu-ribu yang mohon, berapa je yang akan dapat terus dan berapa ja yang jadi calon simpanan. Jadi tugas korang binalah personaliti diri yang menarik dan sentiasa berpewatakan yang baik.


Dah...kita kembali ke jalan yang lurus.

Sebenarnya, korang yang apply kerja ni, kerja pembantu penguasa kastam WK19 ni, tugasnya adalah MEMBANTU! MEMBANTU OK! pungut cukai, menguatkuasakan undang-undang dan memberikan fasilitasi perkastaman. 

*bukannya MEMBANTU masuk poket sendiri tapi MEMBANTU kerajaan untuk pembangunan negara. Yang korang dengar dan lihat benda yang tak baik dalam berita dan media sosial, yang tu jangan ikut.


PUNGUT CUKAI?
Cukai apa yang korang akan pungut nanti?
  • Cukai jualan
  • Cukai perkhidmatan
  • Duti Eksais
  • Cukai Eksport 
  • Cukai Import
Itu hanyalah sebahagian saja yang saya cerita. Banyak lagi cukai, duti , levi yang dipungut. Nanti dah masuk kastam, korang tau la.


FASILITASI PERKASTAMAN
Apa benda pulak ni?? Benda ni lebih kepada membantu pedagang untuk berdagang dengan lebih efisen dan mengikut garis panduan yang ditetapkan.
  • Zon Bebas
  • Gudang Berlesen
  • Gudang Pengilangan Berlesen
  • Pengecualian Duti/Cukai
  • Import Sementara (Bawa masuk nanti bawa keluar balik)
  • Eksport Sementara (yang ni pula, Bawa keluar nanti bawa masuk balik)
Ha tu la ringkasan yang dapat saya ceritakan pasal fasilitasi perkastaman. Nak cerita banyak-banyak nanti panjang nak mampus pulak.


MENGUATKUASAKAN UNDANG-UNDANG
Kastam sendiri tak lari daripada menguatkuasakan undang-undang dalam negara kita ni. Sebab apa? Sebab.....Dalam ekonomi, kastam jadi barisan hadapan, dalam keselamatan pun, kastam jadi barisan hadapan. Kita tengok dulu apa undang-undang yang dikuatkuasakan oleh kastam.

  • Akta Kastam 1967
  • Akta Eksais 1976
  • ​​Akta Zon Bebas 1990​ ​
  • Akta Cukai Jualan
  • Akta Cukai Perkhidmatan
  • Akta Cukai Pelancongan
  • Akta Dadah Berbahaya 1952
  • Akta Senjata 1960
Ni je la yang mampu saya ceritakan. Banyak lagi sebenarnya. Kastam taklah seteruk yang korang nampak dalam media sosial, berita -berita. Yang korang nampak sebenarnya itulah setitis nila yang merosakkan susu. Dalam mana-mana tempat pun, mesti ada golongan yang macam tu. Percayalah.

Apa yang diamanahkan oleh kerajan kepada kastam sangat-sangat besar, kerana kastam diamanahkan untuk membantu dalam sektor ekonomi, keselamatan negara dan perundangan. Sebab tu korang akan nampak kastam ni pejabat dia kat, pelabuhan, lapangan terbang, pulau bebas cukai, sempadan jalan raya negara (malaysia-thailand) (malaysia-singapura) dan kereta api (semenanjung sahaja). Lepas tu pula ada KASTAM MARIN. Dari persisiran laut hingga ke darat kastam sapu. Tak gila ka? 


Eleh, korang baca-baca kat atas tu pun bukan korang fokus pun kan. Korang sebenarnya nak tahu berapa gaji Pembantu Penguasa Kastam kan? 

Haishhh...

Saya nak bagitau yang gaji kastam untuk gred WK19 untuk permulaan adalah......

Gaji pokok = RM 1353.00
Jumlah Elaun = RM815.00

Gaji kasar dapat la juga RM2K. Tiap-tiap tahun, naiklah RM100. Nanti tolak EPF, dapatlah RM1K+. EPF tu klau dah sah jawatan, boleh keluarkan dan ambil skim pencen. Dah cukup 13 tahun, otomatis naiklah gred WK22. Naik gred WK26 dan WK28 pla lain la ceritanya. Ni nak tua pencen pun belum tentu dapat sebab tengok kekosongan mana yang ada. Polis diraja, tentera diraja pun tak macam ni auto naik gred. Tapi korang jangan ingat, dah dapat kastam boleh duduk senang tau. Dalam masa tempoh 3 tahun dilantik jadi kastam, kena lulus exam JKDM dan JPA!!!!! Ingat dah lulus interview, senang hati la yer? haha. Dah masuk kastam, kena tapis lagi bos. Dah sah jawatan dalam tempoh 3 tahun, dah boleh senang hati ka? Boleh, yang penting jaga diri dan kuatkan hati serta jaga prestasi kerja. Itu saja.